Hidayah
Kita selalu terfikir pasal hidayah…tertanya-tanya kepada
diri kita sendiri….adakah apa yang aku sedang lalui ini murupakann hidayah…dan
sering juga bila kita bertanyakan kepada kawan kita mengenai ibadah…akan mereka
jawab “belum dapat lagi hidayah”, tapi tahukah kita apa itu hidayah??
Hidayah ialah orang yang mendapat petunjuk daripada Allah s.w.t.Daripada seorang kufur menjadi seorang yang beriman dan Taat pada perintah Allah taala.
-Contoh seperti Saidina Umar Al Khattab-
Hidayah memang datang daripada Allah s.w.t sepertimana dalam firmanNya dalam surah Al Qashash ayat 56.Tetapi seorang islam yang kita hendaklah berusaha mendapatkannya.
Hidayah ialah orang yang mendapat petunjuk daripada Allah s.w.t.Daripada seorang kufur menjadi seorang yang beriman dan Taat pada perintah Allah taala.
-Contoh seperti Saidina Umar Al Khattab-
Hidayah memang datang daripada Allah s.w.t sepertimana dalam firmanNya dalam surah Al Qashash ayat 56.Tetapi seorang islam yang kita hendaklah berusaha mendapatkannya.
Saidina
Umar Al Khattab - Seorang pemuda yang sangat bengis dan benci
akan agama Islam yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w.Saidina Umar seorang yang
hebat berperang dan berlawan pada zaman itu.Beliau adalah pahlawan gagah kaum
Quraisy.Sehingga terjadi suatu peristiwa apabila beliau terdengar adiknya
membaca ayat suci Al Quran,beliau memukul adiknya sehingga berdarah di
muka.Lalu saidina Umar meneyesal akan perbuatannya itu.Lalu meminta adiknya
membaca sekali lagi ayat suci Al Quran dan Saidina Umar menangis lalu berjumpa
dengan Rasulullah.Saidina Umar terus memeluk agama Islam dan dengan beraninya
beliau mengisytiharkan dirinya memeluk ISLAM dihadapan pahlawan2 kafir Quraisy
yang lain.
Hidayah dalam hidup aku,
Aku sering terfikir….apakah kesedaran itu
hidayah?? Adakah kesedaran mengenai apa yang salah dan apa yang betul itu juga hidayah??
Susah bagi aku untuk memastikan sama ada diri aku ini sudah menerima hidayah
atau pun masih dalam kejahilan….tetapi apa yang pasti, aku tahu peranan dan
tujuan aku diletakkan dimuka bumi ini….iaitu sebagai Khalifah dan Hamba Allah
s.w.t…dan untuk itu…apa yang aku ingat kini…adalah untuk terus beribadah
kepadaNya…andai aku masih menerima hidayah….itu semua urusan Allah s.w.t…yang
wajib aku lakukan kini adalah apa yang dituntutNya dan minghindari laranganNya.. cukup bagi aku…dengan akal fikiran yang Allah
kurniakan untuk membezakan sesuatu yang baik dengan sesuatu yang buruk

