Domo-kun Staring

Wednesday, 15 May 2013



Hidayah
Kita selalu terfikir pasal hidayah…tertanya-tanya kepada diri kita sendiri….adakah apa yang aku sedang lalui ini murupakann hidayah…dan sering juga bila kita bertanyakan kepada kawan kita mengenai ibadah…akan mereka jawab “belum dapat lagi hidayah”, tapi tahukah kita apa itu hidayah??

Hidayah ialah orang yang mendapat petunjuk daripada Allah s.w.t.Daripada seorang kufur menjadi seorang yang beriman dan Taat pada perintah Allah taala.
-Contoh seperti Saidina Umar Al Khattab-

Hidayah memang datang daripada Allah s.w.t sepertimana dalam firmanNya dalam surah Al Qashash ayat 56.Tetapi seorang islam yang kita hendaklah berusaha mendapatkannya.
Saidina Umar Al Khattab - Seorang pemuda yang sangat bengis dan benci akan agama Islam yang di bawa oleh Rasulullah s.a.w.Saidina Umar seorang yang hebat berperang dan berlawan pada zaman itu.Beliau adalah pahlawan gagah kaum Quraisy.Sehingga terjadi suatu peristiwa apabila beliau terdengar adiknya membaca ayat suci Al Quran,beliau memukul adiknya sehingga berdarah di muka.Lalu saidina Umar meneyesal akan perbuatannya itu.Lalu meminta adiknya membaca sekali lagi ayat suci Al Quran dan Saidina Umar menangis lalu berjumpa dengan Rasulullah.Saidina Umar terus memeluk agama Islam dan dengan beraninya beliau mengisytiharkan dirinya memeluk ISLAM dihadapan pahlawan2 kafir Quraisy yang lain.

Hidayah dalam hidup aku,

Aku sering terfikir….apakah kesedaran itu hidayah?? Adakah kesedaran mengenai apa yang salah dan apa yang betul itu juga hidayah?? Susah bagi aku untuk memastikan sama ada diri aku ini sudah menerima hidayah atau pun masih dalam kejahilan….tetapi apa yang pasti, aku tahu peranan dan tujuan aku diletakkan dimuka bumi ini….iaitu sebagai Khalifah dan Hamba Allah s.w.t…dan untuk itu…apa yang aku ingat kini…adalah untuk terus beribadah kepadaNya…andai aku masih menerima hidayah….itu semua urusan Allah s.w.t…yang wajib aku lakukan kini adalah apa yang dituntutNya dan minghindari laranganNya.. cukup bagi aku…dengan akal fikiran yang Allah kurniakan untuk membezakan sesuatu yang baik dengan sesuatu yang buruk

Sunday, 12 May 2013

Bismillahirrahmannirrahim




Pupuk rasa syukur

Kadang kandang aku selalu terfikir, kenapa aku tak disekolahkan disekolah menengah agama dulu…kan lebih mudah bagi aku jika ditakdirkan begitu…

tapi hakikatnya aku salah, sudut hati aku berkata…setiap manusia telah Allah aturkan cara hidupnya yang tersendiri…tapi kite boleh berusaha dan berdoa untok mendapatkan yang terbaik untuk diri kita…


Bila aku melihat pemuda-pemuda 
lepasan sekolah pondok,sekolah menengah agama,mahar tahfiz…..waktu tu aku terasa kecil sangat…bermain2 diminda,”andai lah aku ditakdirkan aku mcam tu….kan mudah bagi aku untuk mendalami ilmu Allah ni…seperti dia, berade dalam suasana yang elok,pengaruh sekeliling yang elok,mempunyai didikan yang elok,mempunyai tenaga pengajar yang elok,dan kawan-kawan yang elok…..tentu mudah bagi dia untuk menghafal Al-Qur’an..mempraktikkan Sunnah…fahami bahasa Arab dan mendalami ilmu Allah yg lain…..hurm..kalau lah aku mcam dia…kalau lah”

tapi tanpa aku sedar,dengan pemikiran dan kata-kata tu saja boleh menjatuhkan iman aku…seperti yang terdapat dalam
rukum iman.. percaya kepada qada’ dan qadar….
hakikatnya…sebenarnya aku tak punyai rasa bersyukur dengan apa yang Allah telah kurniakan kepade aku, ia itu kesempatan dan ruang waktu untuk mendalami ilmuNya…
hidup ni memang la kena berusaha untuk berjaya…mana boleh terus nak dapat kejayaan macam tu je…payah ar..haha :D
so, tanpa rasa terpaksa….dalami lah ilmu Allah….walaupun dengan  perlahan…tapi biar lah dengan rasa ikhlas…agar apa yang kite lakukan itu dianggap ibadah..dan bukannye sia-sia

kita seharusnya bersyukur dengan denyupan jantung yang masih Allah kurniakan kepada kita kini kerana ia memberi peluang kepada kita untuk terus mengabdikan diri kepadaNya, jangan pernah sesekali pun tergerak dihati kita untok mempersoalkan apa yang telah Allah aturkan untok diri kita….walaupun ianya perit…itu dah ujian namanye…seperti kita, jika kita menyayangi seseorang…pastu kita akan uji dia untuk melihat tahap kasih die terhadap kita….apa-apa pun..doa adalah yang sebaiknye….dan ingat lah
 Firman Allah SWT: "Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." 
(QS Al-Baqarah: 286)

Juga, Firman Allah SWT: "Janganlah kamu bersikap lemah, dan janganlah pula kamu bersedih hati, padahal kamulah orang2 yang paling tinggi darjatnya, jika kamu orang2 yang beriman." (QS Al-Imran: 139)